Posts

Ke mana bau hilang?

Image
  Demang duduk bersandar di pangkal pokok jambu air. Di tangannya sebotol kecil minyak wangi Morha. Dia renung, dia cium, dia senyum, tapi kemudian… “Eh… kemana bau wangi tadi hilang, Derwish?” tanya Demang sambil menoleh. Derwish yang sedang mengasah hujung tongkatnya dengan batu kecil hanya senyum. Tak pandang pun. “Kau rasa dia hilang?” balas Derwish, perlahan tapi penuh makna. “Yelah… masa awal tadi harum betul. Sekarang… macam takde pun.” Derwish akhirnya menoleh. “Kalau kau masuk tandas, mula-mula apa kau bau?” “Busuklah. Itu pun nak tanya.” “Dan lepas seminit dua?” Demang angkat kening. “Takde bau. Hidung aku dah kebal agaknya.” “Ha… itu jawapannya. Bau tak hilang. Tapi hidung kau yang reset. Orang panggil adaptasi deria. Cuba keluar, masuk balik. Confirm bau tu masih ada. Atau tanya orang lain yang baru masuk.” Demang mengangguk. “Ooo… macam tu rupanya. Jadi, samalah dengan minyak wangi?” Derwish angguk. “Sebab itu penggubah perfume dari dulu buat bau dalam 3 peringkat: top...

Derwish Morha kembali

Image
  Lebih 10 tahun lalu Derwish muncul dari tangan Abang Budin (Nurdin Ahmad) yang pernah menjadi pelukis majalah Fantasi milik Creative Enterprise. CESB inilah yang menerbitkan majalah Gila Gila yang amat popular suatu  Mulai hari ini kami tampilkan semula Derwish Morha selaku Duta Morha.  Kenapa Morha guna watak ‘kartun’ atau maskot sebagai duta?  ✅ Sebab kami tak nak manipulasi wanita dalam mempromosi produk. Kita usaha untuk elak fitnah di zaman fitnah ini.  Melalui watak Derwish dan sahabatnya Demang kami bukan sahaja nak cerita pasal produk dan menjualnya tapi nak ajak pembaca berkongsi sesuatu yang kami rasa baik.  Nantikan kisahnya… 😊 Kisah tentang herba. Tentang hidup. Tentang kembali kepada fitrah. Derwish juga akan muncul bercerita tentang robot sipenjual runcit, tentang aroma myrrh yang mengalun lembut dan insan yang tak putus asa berusaha… kerana mereka tahu Allah hadirkan manusia ke dunia untuk bekerja, bukan bermalas-malas dan bersuka ria sema...

Pabila alam memancar aroma burung pun enggan berlagu

Image
  Sering kauhidang telingamu dengan merdunya lagu;  tak bosan jua kaujamu matamu dengan keindahan alam;  TAPI kenapa kaubiarkan hidungmu sepi tanpa bauan wangi?   - Paduan ketiga inderamu itu menjadikan senyuman kembali terukir.  Dah lama Demang tak menulis puisi 😅 Cheguman juga menulis di: Blog Morha Dermags  https://morhadermags.blogspot.com Blog Aromaterapi  https://aromaterapimorha.blogspot.com Blog Morha Vmart  https://morhavmart.blogspot.com Blog Morhabshi  https://blog-morha.blogspot.com

Menggubah aroma seperti menggubah lagu

Image
Sebagaimana kita menikmati sebuah lagu hasil gubahan seorang komposer maka demikian juga ketika kita menghidu serangkap haruman, kita sebenarnya menikmati hasil gubahan seorang pereka bauan.  🌀  Fragrance Notes “Fragrance notes tu macam persembahan nyanyian tiga suara – ada suara tinggi (top), suara sederhana (middle), dan suara bass (base). Bila semua nyanyi ikut giliran, barulah sedap didengar.” 📌 Ibarat tiga pelakon utama dalam satu drama: Si Top muncul dulu, bagi intro. Si Middle jadi watak utama – plot berkembang. Si Base muncul lambat, tapi dia yang buat penonton menangis di hujung cerita. Kesimpulan: Fragrance notes = Semua watak bau dalam satu botol. Tak cukup satu, tak jadi jalan cerita! 🎼   Accord “Accord ni macam masak kari ayam – kari, ayam, santan dan rempah-rempah semua dicampur. Bau masing-masing hilang, tapi hasilnya? Satu aroma kari yang padu!” 📌 Dalam dunia perfume, bila kita gabungkan 2 atau lebih ‘notes’ dan mereka ‘bersefahaman’, m...

Apa itu Fragrance Notes?

Image
Masa mula-mula saya ambil tahu pasal minyak wangi, saya diberitahu tentang  ”Fragrance Notes”  🔍    Ia berkenaan Top, Middle dan Base Notes Minyak wangi sebenarnya terdiri daripada tiga lapisan bau. Setiap lapisan muncul pada masa dan cara yang berbeza, membentuk perjalanan aroma yang lengkap dan harmoni: 1. 🌿  Top Note (Nota Atas) Bau pertama yang kita hidu sebaik saja calit atau sembur wangian. Biasanya bau ringan, segar, ceria (seperti citrus, pudina, bunga halus). Tahan hanya sekitar 5–15 minit. Fungsinya: menarik perhatian dan beri kesan pertama. Ibarat tetamu pertama yang memberi salam. 2. 🌸  Middle Note (Nota Tengah) Muncul selepas top note hilang. Bau lebih lembut, seimbang dan ‘berbodi’ – seperti bunga, rempah, atau herba. Tahan selama 2–4 jam. Fungsinya: menjadi ‘jantung’ wangian, menyatukan top dan base. Ibarat sahabat yang menemani lebih lama dan membuat kita selesa. 3. 🌳  Base Note (Nota Asas) Bau yang muncul pali...